SEJARAH PENUBUHAN NGO ANAK PERLIS
SEJARAH PENUBUHAN NGO ANAK PERLIS
Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis atau lebih dikenali sebagai Anak Perlis telah ditubuhkan oleh tujuh orang anak muda sebagai jawatankuasa penaja yang telah bermesyuarat secara atas talian pada 11 Ogos 2021 bermula daripada idea bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara khususnya di negeri Perlis.
Pertubuhan ini telah diluluskan pendaftaran dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perlis pada tanggal 18 Ogos 2021.
(Sijil Pendaftaran Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis)
Pertubuhan ini memfokuskan tiga agenda utama khusus untuk penduduk di seluruh Negeri Perlis iaitu:
〽️ PENDIDIKAN
〽️ PEMBANGUNAN EKONOMI
〽️ KEBAJIKAN MASYARAKAT
Misi pertama yang dilaksanakan oleh pertubuhan ini adalah dengan menghantar bantuan pasca bencana di daerah Yan, Kedah. Tabung dana yang dikutip dengan kerjasama NGO Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis adalah sebanyak RM 4,689.20.
Pada tanggal 25 Ogos 2021, Pertubuhan ini telah berjaya membuka akaun bank di Ambank Berhad, Cawangan Kangar, Perlis.
Keahlian dibuka khusus untuk penduduk di seluruh Perlis yang berumur 18 tahun keatas. Keahlian remaja jugak dibuka untuk yang berumur di bawah 18 tahun. Bagi yang berminat untuk sertai kami, sila klik PENDAFTARAN.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Norhamizan Bin Hamid Sultan
Setiausaha Anak Perlis,
No C-22 (B), Pusat Perniagaan Padang Behor,
Jalan Padang Behor,
01000 Kangar, Perlis
H/P: 011-1127 5788
Comments
Post a Comment