Posts

Showing posts from August, 2021

SERTAI KAMI SEBAGAI SUKARELAWAN NGO

Image
JOM SERTAI KAMI SEBAGAI SUKARELAWAN NGO Keahlian dibuka khusus untuk penduduk di seluruh Perlis yang berumur 18 tahun keatas. Keahlian remaja jugak dibuka untuk yang berumur di bawah 18 tahun. Bagi yang berminat untuk sertai kami, sila klik  PENDAFTARAN . Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Norhamizan Bin Hamid Sultan Setiausaha Anak Perlis, No C-22 (B), Pusat Perniagaan Padang Behor, Jalan Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis H/P: 011-1127 5788

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗔

Image
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗗𝗨𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗔 Pusat Khidmat Rakyat N7-Sena, Kangar, Perlis bersama Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis akan menganjurkan Program Sanitasi Awam DUN Sena seperti ketetapan: Tarikh: 27 Ogos 2021 (Jumaat) Masa / Lokasi: 𝟴.𝟬𝟬𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗚𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝟭𝟬.𝟬𝟬𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗿𝗽𝗮𝘁𝗶 Sebagai peringatan kepada penduduk di lokasi yang terlibat agar dapat mematuhi SOP berkenaan: 1. Pastikan anda sentiasa berada didalam rumah. 2. Pastikan haiwan peliharaan dimasukkan ke dalam rumah. 3. Pastikan pakaian dimasukkan ke dalam rumah. 4. Alihkan kenderaan anda yang menghalang laluan jalan utama. 5. Jangan sibuk untuk merakam semasa proses sanitasi. Program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sena Jaya - PPSJ , Persatuan Kebajikan Penduduk Alor Lanchang Perlis - PKPALPs , KRT RPA Taman Gasing/Jejawi Dalam , JPKK Taman Gasing, Persatuan Penduduk Taman Merpati Perlis , KRT Taman Merpati &...

MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH

Image
MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH Pada 22 Ogos 2021 yang lalu, Jawatankuasa  Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis bersama Pertubuhan Pembangunan Anak Padang Besar Perlis telah menyantuni beberapa keluarga yang terkesan akibat bencana alam #KepalaAir di Kampung Setoi, Daerah Yan, Kedah. Kami telah menunaikan amanah para penyumbang yang budiman dengan menyerahkan barangan dapur, barangan keperluan penjagaan diri, air minuman, barangan keperluan wanita, susu bayi dan pampers bayi. Sekalung penghargaan terima kasih kepada NGO Gotta Give Back (GGB) , Syarikat Strategi Electrical and Mechanical Engenaring, PakKu Fishery, KPJ Perlis Specialist Hospital , Pasaraya JMART Fresh And Frozen , Ahli Parlimen Kangar & ADUN Sena serta penyumbang yang lain yang telah membantu menjayakan misi ini. #Pray4Yan #BantuanPascaBencana #NGO_AnakPerlis #NGO_AnakPadangBesar

JUMLAH DANA YANG DITERIMA OLEH NGO ANAK PERLIS BAGI MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH

Image
JUMLAH DANA YANG DITERIMA OLEH NGO ANAK PERLIS BAGI MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyumbang bagi Misi Bantuan Pasca Bencana Daerah Yan, Kedah. Jumlah terkumpul sehingga 21 Ogos 2021 adalah sebanyak RM 4,689.20 Insyallah, esok pasukan Anak Perlis akan turun menghantar bantuan ini kepada penduduk yang terkesan, doakan perjalanan kami. #Pray4Yan #BantuanPascaBencana #NGO_AnakPerlis

MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH MENDAPAT SAMBUTAN SYARIKAT KORPORAT NEGERI PERLIS

Image
MISI BANTUAN PASCA BENCANA YAN, KEDAH MENDAPAT SAMBUTAN SYARIKAT KORPORAT NEGERI PERLIS Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pasaraya J-Mart Fresh & Frozen, Kangar; syarikat Strategi Electrical & Mechanical Engineering Sdn. Bhd.; KPJ Perlis Specialist Hospital dan Pakku Fishery diatas sumbangan dana, beras dan air minuman bagi Misi Bantuan Pasca Bencana Daerah Yan, Kedah. Kami mendoakan agar perniagaan semua penyumbang ini bertambah maju Insyallah. Saudara Amar Abd Jalil, Pengerusi NGO Anak Perlis (kiri) menerima sumbagan dari Encik Hakimi      Saudara Amar Abd Jalil, Pengerusi NGO Anak Perlis (kiri) menerima sumbagan dari Encik KC      Saudara Amar Abd Jalil, Pengerusi NGO Anak Perlis (kiri) menerima sumbagan dari Encik Pakku Terima kasih KPJ Perlis Specialist Hospital #Pray4Yan #BantuanPascaBencana #NGO_AnakPerlis

TABUNG BANTUAN FOODBANK PERLIS

Image
TABUNG BANTUAN FOODBANK PERLIS Bagi terus membantu golongan asnaf / keluarga yang terkesan akibat pandemik / anak yatim / ibu tunggal / OKU di sekitar negeri Perlis,  Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis  telah melancarkan 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗢𝗗𝗕𝗔𝗡𝗞 bagi memberi peluang kepada para dermawan untuk terus membuat pahala amal kebaikan membantu golongan yang memerlukan. Kepada para budiman yang sudi membantu kempen ini, kalian boleh salurkan sumbangan melalui akaun bank NGO Anak Perlis: Nama Akaun: 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙪𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙋𝙚𝙧𝙡𝙞𝙨 No. Akaun: 𝟴𝟴𝟴 𝟭𝟬𝟰𝟰 𝟱𝟮𝟬 𝟴𝟲𝟵 (𝗔𝗺𝗯𝗮𝗻𝗸) Rujukan: 𝘽𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙁𝙤𝙤𝙙𝙗𝙖𝙣𝙠 𝙋𝙚𝙧𝙡𝙞𝙨 Bagi memudahkan proses menguruskan sumbangan dan resit rasmi, boleh terus WhatsApp ke 011-6147 6170 (Bendahari NGO) #BantuanFoodbank #NGO_AnakPerlis #Kebajikan_Pendidikan_Ekonomi

Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis (Anak Perlis) Telah Diluluskan Pendaftaran

Image
Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis (Anak Perlis) Telah Diluluskan Pendaftaran Alhamdulillah, tanggal 18 Ogos 2021, Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis telah mendapat kelulusan penubuhan secara sah daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perlis (ROS Perlis).  Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak ROS Perlis terutamanya En. Mohd Khalil Mohd Hashim, Pengarah ROS Perlis serta En. Asri, Pegawai ROS Perlis yang telah memberi kelulusan ini serta memberi tunjuk ajar kepada kami semasa urusan penubuhan.  Anak Perlis memfokuskan tiga agenda utama khusus untuk penduduk di seluruh Negeri Perlis iaitu: 〽️ PENDIDIKAN  〽️ PEMBANGUNAN EKONOMI  〽️ KEBAJIKAN MASYARAKAT Berikut adalah senarai jawatankuasa Anak Perlis: Presiden: Amar Bin Abd Jalil Timbalan Presiden: Gavin Way Naib Presiden: Syarifah Eriesya Binti Syed Mohd Amin Shah Setiausaha: Norhamizan Bin Hamid Sultan Penolong Setiausaha: Hasmawati Binti Ibrahim Bendahari: Hadzrol Fahmi B...